Pages
17/01/2012
A N D A I . K A U . I N G I N . M E N YA Y A N G I . S E S E O R A N G . J A N G A N . M E N C A R I . Y A N G ''s.e.m.p.u.r.n.a''
jika kamu memncing ikan,
setelah ikan itu melekat di mate kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu,
janganlah sekali-kali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saje,
kerana ia akan sakit oleh bisanya
ketajamn mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..
begitulah juga~
setelah kamu banyak memberi PENGHARAPAN kpd seseorg,
setelah ia mula MENYAYANGI kamu,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya,
jaganlah sekali-kali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja,
kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih MENGINGATI kamu..
jika kamu MENADAH air biarlah berpada,
janganlah terlalu berharap pada takungannya & menganggap ianya begitu teguh,
cukuplah sekadar untuk KEPERLUAN mu sahaja,
kerana apabila ia mula RETAK,
tidak mudah untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula,
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..
begitulah juga~
jika kamu sedang MEMILIKI seseorang,
TERIMALAH dia seadanya,
janganlah kamu terlalu MENGAGUMINYA dan menganggapkn dia begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa,
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN,
bukanla mudah untuk kamu MEMAAFKANNYA,
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat,
dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKANNYA begitu saja,
kerana kamu rasa begitu kecewe dgn sikapnya,
lalu, semuanya akn menjadi TERHENTI begitu saja..
jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu,
yang MENGEMYANGKAN dan BERKHASIAT,
mengapa kamu berlengah lagi? cuba cari makanan yg lain,
kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN,
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh MENIKMATINYA lagi,
kamu akan MENYESAL..
begitulah juga~
jika kamu BERTEMU dgn seorang INSAN,
yg kamu rase bole membawe KEBAIKAN buad dirimu,
MENYAYANGIMU .. MENGASIHIMU .. dan MENCINTAIMU ..
mengapa kamu BERLENGAH lagi?
cuba MEMBANDINGKANNYA dgn yg laen,
terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi
milik ORANG LAIN,
kamu juga yg akan MENYESAL dan tdk ada gunanya lagi..
oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN krana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yg sempurna, sedangkan jika kita boleh MEMAAFKAN kesilapan org yg kita SAYANG, dan akur dgn KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dgn ape yg sdang kita MILIKI.. kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA..
itu lebih BERMAKNA ! :)
''begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yg hilang kan berganti, namun yg berganti tidak mungkin sama seperti yg HILANG''
(n_~)v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment